RENUNGAN


"......Mata adalah organ yang paling kompleks tetapi istimewa kerana melalui organ kecil ini kita melihat keindahan dunia. Namun jika tidak dijaga, anugerah Tuhan yang istimewa ini boleh hilang sekelip mata...."

Thursday, 14 November 2013

A Journey Through Human Eye : Bagaimana Kita Melihat

Keupayaan mata untuk melihat adalah bergantung kepada beberapa struktur di dalam bebola mata. Mata merupakan organ yang terlunjur terus daripada otak. Ini membolehkan otak kita untuk mentafsir imej yang terhasil dengan serta merta. Mata manusia terletak di rongga tulang tengkorak yang berbentuk piramid dikenali sebagai rongga mata @ rongga orbital.

Mata manusia berbentuk sfera dengan garis pusat kira-kira 25 milimeter (lebih kurang 1 inci) dengan isipadu 65 sentimeter padu dan berat 7 gram ( Shahrin Ismail, 1997)



Mata mempunyai beberapa struktur bahagian yang penting. Antaranya ialah iris, kanta, pupil, kornea, retina, vitreous humor, cakera optik (optic disk) dan saraf optik (optic nerve).  Struktur mata terdiri daripada tiga lapisan @ tunik yang utama: 

  1. Lapisan Luar : Lapisan yang bertindak sebagai perisai bagi melindungi daripada tekanan @ benda keras yang boleh mencederakan mata. Lapisan ini adalah KORNEA dan SKLERA.
  2. Lapisan Tengah : Lapisan kedua terdiri daripada KOROID, BADAN SILARI dan IRIS.
  3. Lapisan Dalam : Lapisan ketiga terdiri daripada RETINA.






Kefungsian mata adalah sama seperti sebuah kamera berfungsi. Setiap bahagian mempunyai fungsi tertentu bagi membolehkan kita untuk melihat. Mata manusia boleh disamakan dengan kamera yang mengumpul, memfokus dan memancarkan cahaya melalui kanta untuk mewujudkan imej persekitaran itu. Di dalam kamera, imej ini dicipta pada filem; manakala di mata, imej ini dicipta pada retina, lapisan nipis sel-sel sensitif cahaya.

Light ---> Cornea ---> Pupil ---> Aqueous Humor---> Lens---> Vitreous Humor---> Retina ---> Brain

No comments:

Post a Comment