Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernahkah kita terfikir apa perasaan apabila tiba-tiba kita tidak dapat melihat keindahan Tuhan. Kuatkah kita untuk menghadapinya? Sudah bersedia ke kita? Apa tanggapan orang lain terhadap diri kita? Boleh mereka menerima kita seadanya? Mungkin hanya segelintir sahaja. Hargailah segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Mata. Apa itu mata? Bagaimana bentuk mata? Bulat, leper, sfera atau bujur?
Mata merupakan pancaindera manusia yang penting yang merupakan sebahagian daripada anggota tubuh badan manusia yang memberikan maklumat penting kepada manusia.
Sesungguhnya kita yang mempunyai mata yang lengkap untuk mengatur kehidupan seharian seharusnya bersyukur kerana mampu melihat dan menghayati dunia yang indah ini. Jom, kita dalami lagi anugerah terindah yang diberikan.
No comments:
Post a Comment