Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa yang sedang dilakukan oleh orang lelaki di dalam gambar di atas? Apa yang dia sedang lihat? Carta itu berfungsi untuk apa? Erm..gambar tersebut menunjukkan proses untuk mengukur ketajaman penglihatan dan carta tersebut dikenali sebagai Carta Snellen.
Carta Snellen ialah carta mata yang digunakan untuk mengukur ketajaman penglihatan mata. Carta Snellen dinamakan sempena nama pakar mata Belanda, Hermann Snellen, yang mengembangkan carta tersebut pada 1862.
Carta Snellen tradisional dicetak dengan 11 garis huruf blok, barisan pertama terdiri daripada huruf besar yang mana terdiri daripada hruf-huruf seperti E H atau N. Barisan berikutnya diikuti dengan huruf yang dikecilkan saiznya dan bilangan bertambah.Orang yang mangambil ujian mata akan menutup mata sebelah nya dan akan menyebut huruf-huruf tertera dengan kuat dari atas hinga bawah. Huruf kecil yang boleh dibaca dengan teliti akan menentukan ketajaman mata si penguji.
![]() |
Carta Snellen |
Bagi (visual acuity)VA 6/6, angka 6 yang di hadapan itu bermaksud 6 meter iaitu merupakan jarak piawai antara anda dengan Carta Snellen yang digunakan dalam ujian Tahap Penglihatan manakala angka 20 bagi VA 20/20 pula adalah ukuran dalam unit kaki. Angka seterusnya pula bermaksud pada jarak piawai tersebut mata seseorang dapat mengenal, melihat & membezakan dengan jelas antara garisan hitam dengan ruangan bagi setiap abjad paling kecil yang berada di barisan paling bawah pada Carta Snellen. Angka inilah yang dapat membezakan Tahap Penglihatan seseorang individu dengan individu yang lain.
Individu dengan VA 6/60 sebagai perbandingan hanya dapat melihat dengan jelas suatu objek pada jarak 6 meter sebaliknya individu normal dengan VA 6/6 pula dapat melihat dengan jelas objek yang sama pada jarak 60 meter. Ini menunjukkan yang individu dengan VA 6/60 tersebut sebenarnya mengalami masalah rabun & memerlukan bantuan cermin mata untuk melihat dengan jelas objek tersebut pada jarak 60 meter sama seperti individu normal dengan VA 6/6.
No comments:
Post a Comment