RENUNGAN


"......Mata adalah organ yang paling kompleks tetapi istimewa kerana melalui organ kecil ini kita melihat keindahan dunia. Namun jika tidak dijaga, anugerah Tuhan yang istimewa ini boleh hilang sekelip mata...."

Wednesday, 4 December 2013

Faktor Kecacatan Penglihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini kita akan berkongsi mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kecacatan penglihatan.
 
Punca-punca kecacatan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu: 
  1. Peringkat Prenatal (sebelum kelahiran bayi) 
  2. Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi) 
  3. Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi) 
 
Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.
 
 Peringkat Prenatal (Sebelum Kelahiran)
  • Baka : Kejadian kecacatan penglihatan mungkin disebabkan oleh simdrom yang dialami atau disebabkan oleh faktor baka atau genetik yang diwarisi. 
  • Jangkitan : Kecacatan di bahagian otak @ sistem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis. Jangkitan ini akan menyebabkan kecacatan pada kandungan. (Rubella sejenis demam campak. Siflis pula sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)
  • Dadah dan alkohol : Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu yang mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doktor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. (contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok, alkohol, dan logam berat plumbum.)
  • Pemakanan : kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan vitamin dan protein.
  • Bahan kimia/ sinaran X : Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan, dan udara. 
 
Peringkat Perinatal (Semasa Kelahiran)

       Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacat. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.
 
 
 
        Punca kelahiran pra-matang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang serta penggunaan dadah dan merokok oleh ibu. Selain itu, ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vaakum semasa proses kelahiran. 

    Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat. Kekurangan oksigen atau dikenali sebagai 'anoksia' semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.

Peringkat Post-natal (Selepas Kelahiran)
 
 
Pada peringkat ini bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya berkemungkinan juga boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan oleh penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. 

  • Penyakit
        
Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. 

       Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku.

  • Persekitaran
    Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan umtuk memperkembangkan fizikal dan mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling. Selain itu, pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-kanak yang terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan. Hal yang demikisan boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paip air dan petrol.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment