Seperti yang sebelum-sebelum ini, hari ini perkongsian mengenai ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan. Kita boleh lihat ciri-ciri ini dalam pelbagai aspek. Antaranya, dari aspek :
- Perkembangan bahasa
- Pada keseluruhannya tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal kecuali pada peringkat awal, penggunaan bahasa dihadkan kepada pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik.
- Tidak menjejaskan mereka untuk memahami dan menggunakan bahasa.
- Guna auditory sebagai deria pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak normal).
- Lebih bermotivasi utk menggunakan bahasa kerana pertuturan merupakan cara yang paling utama utk berkomunikasi.
2. Keupayaan intelek (IQ)
- IQ seperti kanak-kanak normal sekiranya tiada mengalami kecacatan kognitif.
- IQ boleh diuji dgn menggunakan ujian IQ bukan verbal:
(b) Intelligence Test for Visually Impaired Children
3. Keupayaan konseptual
- Berbeza dgn kanak-kanak normal dari segi cara membuat persepsi yang berpunca daripada perbezaan dalam pengalaman belajar (orang cacat penglihatan bergantung kepada pengalaman tactual dan pengalaman audio utk mempelajari sesuatu).
- Orang cacat penglihatan belajar melalui jari dan lebih berhati-hati dalam menerima maklumat daripada persekitaran.
- Memerlukan lebih usaha dan keupayaan belajar bergantung kepada strategi yang pelbagai.
- Tidak dapat melihat rangsangan yang digunakan dalam pengajaran konsep.
- Normal daripada aspek kesihatan, ramai yang tidak mempunyai postur yang betul, kelihatan kaku dan terlalu lurus apabila berdiri atau berjalan.
- Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek.
- Kemahiran ini bergantung kepada keupayaan spatial.
- Cara yang digariskan untuk memperoleh maklumat spatial bagi kanak-kanak buta: 1)peta/jalan/laluan yang berurutan yang menggambarkan hubungan berbagai-bagai tumpuan dalam persekitaran. 2) peta kognitif (cognitive mapping).
Sekian saja perkongsian maklumat kali ini. Jumpa lagi di perkongsian yang akan datang. (^_^)
No comments:
Post a Comment