RENUNGAN


"......Mata adalah organ yang paling kompleks tetapi istimewa kerana melalui organ kecil ini kita melihat keindahan dunia. Namun jika tidak dijaga, anugerah Tuhan yang istimewa ini boleh hilang sekelip mata...."

Monday, 30 December 2013

Prasarana Berteknologi Bagi Masalah Penglihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selain daripada perkara-perkara yang biasa dikaitkan dengan pelajar malah penglihatan contohnya seperti braille. Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain. Antaranya ialah :

  • "Ramp"

Adalah satu kemudahan untuk laluan orang kelainan upaya sebagai ganti kepada tangga. Ramp membolehkan pengguna berkerusi roda untuk memudahkan mengakses bangunan dan memudahkan pergerakkan mobiliti mereka. 


  • "Railing" atau "handrail"


"Handrail" adalah susur tangan yang direka untuk memberikan kestabilan atau sokongan apabila menaiki @ menuruni tangga. Ini adalah diantara kemudahan teknologi untuk individu yang mempunyai masalah penglihatan supaya mereka berjalan dengan lebih selamat. 



  • Sistem kawalan lif


Kebanyakkan bangunan pada masa kini banyak menggunakan lif. Dengan cara ini ia boleh membantu pengguna-pengguna lif yang mempunyai masalah penglihatan untuk bergerak dan menekan ditingkat mana mereka ingin tuju.Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mempunyai masalah penglihatan tahu membaca tulisan braille.  



Sekian...

No comments:

Post a Comment