RENUNGAN


"......Mata adalah organ yang paling kompleks tetapi istimewa kerana melalui organ kecil ini kita melihat keindahan dunia. Namun jika tidak dijaga, anugerah Tuhan yang istimewa ini boleh hilang sekelip mata...."

Tuesday, 31 December 2013

Strategi Pengajaran & Pembelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu ini perkongsian ilmu mengenai cara apa yang boleh pelajar-pelajar yang masalah penglihatan gunakan dalam proses P&P. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan seperti rabun perlu menggunakan medium tulisan berbentuk cetakan tetapi pengubahsuaian saiz tulisan yang lebih besar, penggunaan kanta pembesar dan sistem pencahayaan yang sesuai di dalam bilik darjah. Manakala kanak-kanak yang buta menggunakan medium tulisan Braille.

  • Penggunaan Sisa Penglihatan
Pelajar akan menggunakan sisa penglihatan yang ada dalam P&P dengan galakan membaca tulisan print, cetakan bersaiz besar dan menggunakan kanta pembesar.

  • Kemahiran Mendengar
Mereka memerlukan bahan perantaraan audio dan persepsi sentuhan untuk mendapatkan maklumat.

  • Pengajaran Braille
2 faktor yang ditekankan dalam membentuk program persediaan Braille iaitu kesediaan emosi dan persepsi.  Latihan mengasingkan bentuk-bentuk titik yang bertujuan untuk mengesan corak garisan Braille.


No comments:

Post a Comment