Assalamualaikum dan selamat petang,
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah rabun. Mungkin segelintir daripada kita yang agak sukar @ rimas untuk memakai ceermin mata. Tambahan pula, apabila hendak bersukan.
Antara caranya dengan pemakai 'contact lens'. Sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada si pemakai yang lebih selesa memakai contact lens berbanding cermin mata.
Akan tetapi dengan adanya teknologi yang canggih pada masa kini, penggunaan laser boleh mengurangkan masalah rabun. Penggunaan laser berkemungkinan 98% berkesan dan terdapat juga risiko-risiko yang boleh mengakibatkan buta. Penggunaan laser juga bukanlah murah seperti penggunnan contact lens bahkan kos rawatan menjangkau RM4K-RM5K untuk sebelah mata sahaja.
Tidak lupa juga dengan rawatan tradisional nenek moyang kita. Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, lobak merah dan sebagainya. Bukan bila rabun baru nak makan sayur-sayuran, sebaliknya sejak kecil lagi perlu diajar makan sayur-sayuran.
Para ibu perlu lebih kreatif dalam penyediaan masakan supaya anak-anak yang tidak gemar sayur makan sayur-sayuran untuk mengelakkan kerabunan.
Oleh itu, penglihatan mata sangat penting untuk menjalankan tugas kita seharian tidak kiralah sebagai seorang pelajar, guru, doktor, peguam dan sebagainya. :)
No comments:
Post a Comment