RENUNGAN


"......Mata adalah organ yang paling kompleks tetapi istimewa kerana melalui organ kecil ini kita melihat keindahan dunia. Namun jika tidak dijaga, anugerah Tuhan yang istimewa ini boleh hilang sekelip mata...."

Wednesday, 25 December 2013

Teknologi Masa Hadapan- Canggih, Moden & Tip Top

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan berjumpa lagi perkongsian ilmu kita pada kali ini mengenai gadget-gadget terbaru @ teknologi untuk masa hadapan. Pelbagai manfaat, antaranya lebih memudahkan , menyenangkan dan sebagainya.
10 video tentang teknologi masa hadapan....SELAMAT MENONTON!!!!! (^_^)





















Sekian perkongsian mengenai teknologi masa depan.. (^_^)

Bahan Bantu Mengajar 3D - BBM Bukan Elektronik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Saya ingin menunjukkan BBM yang sesuai untuk matapelajaran Pendidikan Islam. BBM ini sesuai untuk menunjukkan para pelajar kedudukan saf jemaah apabila soalt berjemaah.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah polistrene, lidi, pisau dan maker pen. Bahan-bahan ini mudah didapati di mana-mana. Hanya lukis dan potong polistrene mengikut bentuk seorang lelaki dan perempuan.

Kemudian letakkan patung mengikut saf solat berjemaah antara lelaki dengan lelaki, lelaki dengan makmum perempuan san solat berjemaah antara perempuan dengan perempuan.
Berikut adalah pandangan BBM dari setiap sudut.

Pandangan Atas





Pandangan Sisi





Pandangan Depan



Pandangan Belakang



Sekian, wassalam.. (^_^)








Sunday, 15 December 2013

Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Penglihatan

Assalamualaikum dan selamat pagi yang indah.

Seperti yang sebelum-sebelum ini, hari ini perkongsian mengenai ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan. Kita boleh lihat ciri-ciri ini dalam pelbagai aspek. Antaranya, dari aspek :

  1. Perkembangan bahasa
  • Pada keseluruhannya tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal kecuali pada peringkat awal, penggunaan bahasa dihadkan kepada pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik.
  • Tidak menjejaskan mereka untuk memahami dan menggunakan bahasa.
  • Guna auditory sebagai deria pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak normal).
  • Lebih bermotivasi utk menggunakan bahasa kerana pertuturan merupakan cara yang paling utama utk berkomunikasi.


2. Keupayaan intelek (IQ)
  • IQ seperti kanak-kanak normal sekiranya tiada mengalami kecacatan kognitif.
  • IQ boleh diuji dgn menggunakan ujian IQ bukan verbal:
(a) Blind Learning Aptitude Test
(b) Intelligence Test for Visually Impaired Children

3. Keupayaan konseptual
  • Berbeza dgn kanak-kanak normal dari segi cara membuat persepsi yang berpunca daripada perbezaan dalam pengalaman belajar (orang cacat penglihatan bergantung kepada pengalaman tactual dan pengalaman audio utk mempelajari sesuatu).
  • Orang cacat penglihatan belajar melalui jari dan lebih berhati-hati dalam menerima maklumat daripada persekitaran.
  • Memerlukan lebih usaha dan keupayaan belajar bergantung kepada strategi yang pelbagai.
  • Tidak dapat melihat rangsangan yang digunakan dalam pengajaran konsep.
4. Keadaan Fizikal dan Pergerakan/mobiliti
  • Normal daripada aspek kesihatan, ramai yang tidak mempunyai postur yang betul, kelihatan kaku dan terlalu lurus apabila berdiri atau berjalan.
  • Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek.
  • Kemahiran ini bergantung kepada keupayaan spatial. 
  • Cara yang digariskan untuk memperoleh maklumat spatial bagi kanak-kanak buta: 1)peta/jalan/laluan yang berurutan yang menggambarkan hubungan berbagai-bagai tumpuan dalam persekitaran. 2) peta kognitif (cognitive mapping).




Sekian saja perkongsian maklumat kali ini. Jumpa lagi di perkongsian yang akan datang. (^_^)














Wednesday, 4 December 2013

Rawatan - Petua Mengurangkan Rabun

Assalamualaikum dan selamat petang,

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah rabun. Mungkin segelintir daripada kita yang agak sukar @ rimas untuk memakai ceermin mata. Tambahan pula, apabila hendak bersukan.

Antara caranya dengan pemakai 'contact lens'. Sekurang-kurangnya memberi keyakinan kepada si pemakai yang lebih selesa memakai contact lens berbanding cermin mata.


Akan tetapi dengan adanya teknologi yang canggih pada masa kini, penggunaan laser boleh mengurangkan masalah rabun. Penggunaan laser berkemungkinan  98%  berkesan dan terdapat juga risiko-risiko yang boleh mengakibatkan buta. Penggunaan laser juga bukanlah murah seperti penggunnan contact lens bahkan kos rawatan menjangkau RM4K-RM5K untuk sebelah mata sahaja.


Tidak lupa juga dengan rawatan tradisional nenek moyang kita. Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, lobak merah dan sebagainya. Bukan bila rabun baru nak makan sayur-sayuran, sebaliknya sejak kecil lagi perlu diajar makan sayur-sayuran.
Para ibu perlu lebih kreatif dalam penyediaan masakan supaya anak-anak yang tidak gemar sayur makan sayur-sayuran untuk mengelakkan kerabunan.


Oleh itu, penglihatan mata sangat penting untuk menjalankan tugas kita seharian tidak kiralah sebagai seorang pelajar, guru, doktor, peguam dan sebagainya. :)

Faktor Kecacatan Penglihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini kita akan berkongsi mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kecacatan penglihatan.
 
Punca-punca kecacatan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu: 
  1. Peringkat Prenatal (sebelum kelahiran bayi) 
  2. Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi) 
  3. Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi) 
 
Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.
 
 Peringkat Prenatal (Sebelum Kelahiran)
  • Baka : Kejadian kecacatan penglihatan mungkin disebabkan oleh simdrom yang dialami atau disebabkan oleh faktor baka atau genetik yang diwarisi. 
  • Jangkitan : Kecacatan di bahagian otak @ sistem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis. Jangkitan ini akan menyebabkan kecacatan pada kandungan. (Rubella sejenis demam campak. Siflis pula sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)
  • Dadah dan alkohol : Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu yang mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doktor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. (contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok, alkohol, dan logam berat plumbum.)
  • Pemakanan : kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan vitamin dan protein.
  • Bahan kimia/ sinaran X : Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan, dan udara. 
 
Peringkat Perinatal (Semasa Kelahiran)

       Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacat. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.
 
 
 
        Punca kelahiran pra-matang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang serta penggunaan dadah dan merokok oleh ibu. Selain itu, ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vaakum semasa proses kelahiran. 

    Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat. Kekurangan oksigen atau dikenali sebagai 'anoksia' semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.

Peringkat Post-natal (Selepas Kelahiran)
 
 
Pada peringkat ini bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya berkemungkinan juga boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan oleh penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. 

  • Penyakit
        
Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. 

       Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku.

  • Persekitaran
    Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan umtuk memperkembangkan fizikal dan mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling. Selain itu, pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-kanak yang terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan. Hal yang demikisan boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paip air dan petrol.